Mengenai Konvensyen
Latar Belakang Konvensyen Integriti Nasional (KIN) 2026
Bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) menganjurkan Konvensyen Integriti Nasional (KIN) 2026.
Konvensyen ini menghimpunkan pemimpin dari sektor kerajaan dan swasta, ahli akademia institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan golongan belia bagi membincangkan isu integriti secara menyeluruh serta merangka solusi bersama.
Konvensyen ini akan menjadi platform perkongsian amalan terbaik, inovasi dasar serta komitmen pelbagai lapisan masyarakat, organisasi dan belia, dalam pembudayaan integriti yang mampan dan berterusan.
Tema SBIN 2026: Integriti Kita, Nilai Kita
Tema “Integriti Kita, Nilai Kita” membawa mesej bahawa integriti merupakan nilai bersama yang bermula daripada diri setiap individu dan diterjemahkan melalui setiap keputusan, tindakan serta interaksi dalam kehidupan seharian.
Integriti bermula dengan kita. Nilai yang kita pegang membentuk tindakan kita, tindakan kita membina kepercayaan, dan kepercayaan kita membentuk budaya serta masa depan negara.
Objektif
- Menjadi platform nasional berimpak tinggi untuk wacana strategik, pertukaran ilmu dan penyelarasan agenda tadbir urus dan antirasuah merentas sektor.
- Memperkukuh peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai National Integrity Focal Point yang menerajui penyelarasan, pemantauan dan pemerkasaan inisiatif integriti negara.
- Menghasilkan resolusi konvensyen yang praktikal, boleh diukur dan sejajar dengan agenda nasional seperti Pelan Antirasuah Nasional (NACS), Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) serta aspirasi Malaysia MADANI.
- Membina pakatan strategik dan komitmen kolektif antara sektor awam, swasta, badan profesional, masyarakat sivil dan belia ke arah pembudayaan integriti yang mampan.
- Menjadikan konvensyen ini sebagai platform pemantauan kemajuan dan pelaporan berkala terhadap inisiatif integriti nasional.
Prinsip Panduan
Relevance
Dilaksanakan selaras dengan keutamaan strategik, keperluan semasa dan agenda masa hadapan IIM.
Inclusivity
Medium yang mengiktiraf kepelbagaian pandangan, pengalaman dan latar belakang.
Credibility
Pengisian berasaskan kepakaran, fakta, data dan integriti ilmu yang tepat.
Impact
Platform yang menjana keberhasilan yang praktikal, boleh dilaksanakan dan memberi nilai tambah.
Rakan Strategik
Atur Cara Keseluruhan
| Masa | Butiran Program |
|---|---|
| 8.00 pagi | Ketibaan Peserta dan Dif-Dif Jemputan |
| 8.45 pagi - 9.30 pagi | Sesi Bicara Integriti Bersama YBhg. Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay "Integriti Tanpa Kompromi: Keberanian, Amanah dan Kepimpinan" |
| 9.30 pagi | Ketibaan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara |
| 9.50 pagi | Ketibaan YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor |
| 10.00 pagi | Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor |
| 10.05 pagi | Bacaan Ikrar Integriti |
| 10.10 pagi | Bacaan Doa |
| 10.15 pagi | Sembah Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) |
| 10.25 pagi | Persembahan Tayangan Multimedia |
| 10.30 pagi |
DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan Titah dan seterusnya merasmikan Konvensyen Integriti Nasional 2026
Pelancaran Buku
"DAULAT TUANKU: Kepimpinan Sultan Selangor dalam Integriti, Tatakelola dan Kesejahteraan Negeri"
|
| 11.00 pagi |
Sesi Forum
"Integriti Bermula dari Rumah: Memupuk Nilai ke Arah Masyarakat yang Sejahtera"
Panel 1
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur (Pengerusi Lembaga Pengelola, Universiti UCYP)
Panel 2
YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS))
Panel 3
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Naib Canselor / Ketua Eksekutif, Universiti Islam Selangor (UIS)) |
| 12.00 tengah hari |
Santapan / Jamuan Keberangkatan DYMM Sultan Selangor meninggalkan majlis |
| 12.10 tengah hari |
Sesi Break-out
Kluster 1: Pendidikan
"Transformasi Sistemik ke Arah Pendidikan Berteraskan Nilai"
Kluster 2: Ekonomi
"Keseimbangan Antara Pertumbuhan Ekonomi dan Ketamakan Kewangan"
Kluster 3: Sains, Teknologi dan Inovasi
"Kecerdasan Buatan (AI) dan Integriti: Cabaran Era Digital"
Kluster 4: Belia
"Media Sosial: Pemusnah atau Pemangkin Integriti Belia?"
|
| 1.10 tengah hari | Resolusi Konvensyen Integriti Nasional |
| 1.15 tengah hari | Ucapan Penutupan Konvensyen oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) |
| 1.35 tengah hari | Bersurai |